SELAMAT DATANG KE HOMESTAY ALAI




BERALAMAT DI 763-2, BATU 4 3/4 LORONG SENTOSA 4,
KAMPUNG ALAI, 75460 MELAKA.


CONTACT NO : EN ZAINAL (016-6631960) @ CIK HIDAYU (013-6524963)


1) MENYEDIAKAN TEMPAHAN UNTUK PENGINAPAN HOMESTAY (SERAMAI 35-40 ORANG).

2) TURUT MENGAMBIL TEMPAHAN UNTUK MAKAN (SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAHARI SERTA MALAM)

3) PENYEWAAN TAPAK UNTUK MAJLIS PERKHAWINAN (KHEMAH, KATERING dll) SERTA UNTUK AKTIVITI SAMBUTAN HARI KELUARGA.























Tuesday, January 18, 2011

KEUNIKKAN LANDSKAP YANG TERDAPAT DI HOMESTAY ALAI....

 Tempat beristirehat yang sungguh unik, pengunjung akan merasa seperti berada di dalam gua..... Pengunjung akan merasa sungguh tenang. Kepada pengunjung yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi boleh lah berkunjung di sini.....

 Keunikan rekabentuk yang diperbuat daripada kayu bakar..........diilhamkan sendiri oleh pemilik homestay.


Monday, January 10, 2011

 Papan tanda ke Homestay Alai.


 Pandangan hadapan di rumah Homestay.

 Pengunjung juga bolehlah melawat kipas padi tradisional yang digunakan pada zaman dahulu yang turut dijadikan tontonan kepada pengunjung yang datang ke Homestay ini.

 Disini juga terdapat pelbagai jenis tanaman tumbuh-tumbuhan. Jadi kepada pengunjung yang datang bolehlah menimba ilmu disamping bercuti.



Alai homestay telah menerima kehadiran "tetamu istimewa" pada 25 April 2009. Rombongan pelajar pendidikan khas dari Sek. keb Sultan Yusuf, Batu Gajah Perak telah sudi memilih Alai Homestay sebagai tempat penginapan dalam rangka lawatan ke Melaka. Pelajar Istimewa dari kelas pendidikan khas ini adalah telah selamt tiba ke Alai Homestay pada 24 April 2009.
Berikutan dengan kedatangan tetamu istimewa dari Perak ini, pihak Alai homestay telah berusaha mendapatkan penajaan dalam bentuk sumbangan peribadi dan cenderahti daripada pihak ADUN Teluk Mas, Tourism Melaka dan Pejabat Daerah. Pada sebelah malam, Pegawai Daerah Melaka Tengah telah meluangkan masa bersama-sama kami dan anak-anak istimewa ini untuk makan malam dan penyampaian cenderahati. Turut hadir adalah wakil pihak ADUN Teluk Mas, YB Datuk Dr Abd Latiff Thamby Chik, pegawai-pegawai Tourism Melaka dan ahli JKKK Kg Alai.
Pada hari terakhir iaitu 25 April 2009, YB ADUN Teluk Mas, Datuk Dr Abd Latif sendiri telah sudi meluangkan masa untuk bertemu sendiri dengan tetamu istimewa ini. Di kesempatan itu juga, YB telah memberikan kata-kata semangat kepada Guru-guru dan pelajar istimewa disamping menyerahkan sumbangan peribadi berbentuk wang tunai kepada pihak sekolah.
Pihak kami amat berbesar hati atas ketibaan tetamu istimewa ini yang ternyata memberi banyak keistimewaan kepada Alai Homestay sendiri







PENGENALAN HOMESTAY ALAI

  • Penguasaha serta pemilik Homestay Alai ialah En. Zainal Bin Hj Smail. Merupakan seorang bekas pesara tentera. Setiap rekabentuk yang terdapat di Homestay ini diilhamkan dan dibina sendiri oleh pengusaha Homestay ini sendiri. 
  • Lokasi Homestay terletak kira-kira 7.6 km dari pusat Bandaraya Melaka yang hanya mengambil masa 15minit melalui Lebuhraya AMJ. Iaitu berdekatan dengan Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, Medan Selera Ikan Bakar Umbai, Jusco EON Melaka, Tesco, Melaka Centrel dan pelbagai lagi tempat yang menarik.
  • Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang menginap di Homestay Alai ini seperti melawat rumah tradisional, melawat perusahan kuih tradisional, melawat kipas padi tradisional, mengikuti aktiviti memancing, menghayati kehidupan nelayan, bahkan pengunjung boleh juga mengadakan sendiri aktiviti BBQ dimana setiap peralatan seperti cawan, pinggan, serta tempat membakar turut disediakan oleh pihak kami.
  • Pihak kami juga turut menyediakan pakej untuk sarapan pagi, makan tengahari serta makan malam (masakan ala kampung Negeri Melaka) jadi bagi mereka yang ingin merasai dan menikmati makanan Negeri Melaka bolehlah menginap di Homestay Alai ini.

Sunday, January 9, 2011

SUASANA DI BILIK PENGINAPAN HOMESTAY ALAI BERKONSEPKAN HOTEL.

BILIK DI HOMESTAY ALAI INI BOLEH MEMUATKAN SERAMAI 35-40 ORANG DALAM SATU MASA. INI KERANA TERDAPAT 2 BUAH RUMAH, DIMANA 1 BUAH RUMAH BERKONSEPKAN ALA KAMPUNG (TRADISIONAL) MANAKALA SEBUAH RUMAH LAGI BERKONSEPKAN HOTEL (MEMPUNYAI 3 BUAH BILIK). TERDAPAT PELBAGAI KEMUDAHAN DI BILIK PENGINAPAN SEPERTI TELEVISYEN, PENYAMAN UDARA, ALMARI MAKE-UP,